SHAH ALAM – Sebanyak 300 koperasi peruncitan sekitar Lembah Klang akan menggunakan sistem khas Barang Asas Retail Platform (BARP) bagi membeli barangan asas tanpa perlu melalui orang tengah. Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, sistem yang dibangunkan pihaknya bersama sebuah syarikat bumiputera akan diaplikasikan mulai Mei ini. Beliau berkata, pengaplikasian sistem dibawah program Barang Asas 100 (BA100) fasa pertama itu menawarkan produk barangan asas seperti minyak masak dan gula pada harga antara 10 hingga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran bantu meringankan beban pengguna. …
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya