Bank Rakyat kekalkan kedudukan - Utusan Malaysia

Bank Rakyat kekalkan kedudukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 April – Bank Rakyat berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai bank koperasi paling tinggi keuntungannya serta sebagai institusi kewangan Islam kedua terbesar di Malaysia.

Menara Berkembar Bank Rakyat

Dalam satu kenyataan bank itu berkata, bagi 2019 bank akan terus menawarkan pe­ngalaman perbankan terbaik kepada pelanggan menerusi penyediaan kemudahan perbankan teras.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Di samping itu, memandangkan bank bersaing di dalam pasaran yang mencabar, strategi untuk meningkatkan tadbir urus operasi yang merangkumi pematuhan dan integriti masih merupakan bahagian penting dalam senarai keutamaan bank,” katanya.

Bank Rakyat turut mengumumkan sumbangan sebanyak dua peratus daripada keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM37.50 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi dan RM18.75 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi.

Pada 13 April lalu, Bank Rakyat mengumumkan pembayaran dividen 13 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 membabitkan jumlah sebanyak RM379 juta kepada anggotanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini