Bank Islam bantu pelaksanaan projek teknologi hijau - Utusan Malaysia

Bank Islam bantu pelaksanaan projek teknologi hijau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 April – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menandatangani perjanjian kemudahan pembiayaan dengan TiME Marine Services Sdn. Bhd. untuk membiayai sebahagian daripada projek teknologi hijau yang dikenali sebagai Pemulihan Hidrokarbon Dalam Pesisir dari Enap Cemar untuk Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, pihaknya berbesar hati memberikan pembiayaan yang dapat menyokong penyelesaian beretika dan mesra alam kepada industri petroleum.

“Dengan menyediakan kemudahan ini, kami dapat memberi khidmat kepada ekonomi sebenar yang mewakili salah satu inisiatif pengantaraan berasaskan nilai serta merealisasikan hasrat kerajaan untuk menyokong perkembangan dan pelaksanaan penyelesaian teknologi hijau di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Perbankan Komersial Bank Islam, Ahmad Haliman Abdul Halim menandatangani perjanjian itu bagi pihak Bank Islam bersama CEO TiME Marine Services, Omar Khalid.

Majlis menandatangani perjanjian itu turut disaksikan oleh Mohd. Muazzam dan Pengarah Eksekutif TiME Marine Services, Hamidon Md. Khayon.

TiME Marine Services mencadangkan penyelesaian yang terdiri daripada bahan kimia boleh urai dan teknologi mekanikal berkesan yang dapat memulihkan hidrokarbon, air dan lain-lain pepejal dari enap cemar berminyak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini