PUTRAJAYA 26 April – Samirah Muzaffar yang menghadapi pertuduhan membunuh suaminya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund) Nazrin Hassan sanggup mematuhi syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh mahkamah bagi membolehkan dia dilepaskan dengan jaminan sementara menunggu perbicaraan, Mahkamah Rayuan diberitahu hari ini. Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Samirah menghujahkan bahawa anak guamnya akan mematuhi apa juga syarat seperti berkurung dalam rumah 24 jam sehari…










