KOTA KINABALU 26 April – Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman yang mengalami kecederaan selepas terbabit kemalangan motosikal Rabu lepas selamat menjalani pembedahan semalam. Menurut kenyataan media di group WhatsApp Media Datuk Azis Jamman, Azis yang juga Anggota Parlimen Sepanggar selamat menjalani pembedahan itu di Hospital Gleneagles kira-kira pukul 11 malam tadi. “Datuk Azis berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan susulan pembedahan. “Hanya keluarga terdekat dibenarkan…










