Ayya diberkas selepas lebih sebulan jadi buruan polis - Utusan Malaysia

Ayya diberkas selepas lebih sebulan jadi buruan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Seorang penyamun yang diburu lebih sebulan lalu akhirnya berjaya diberkas di Jalan Dato Haji Tahir, Kapar, kelmarin. 

Penahanan suspek dikenali ‘Ayya’ berusia 29 tahun itu dilakukan pukul 4.46 petang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, suspek dikehendaki selepas melakukan jenayah pecah rumah di Lorong Raja Nala, Taman Intan Jaya 2, Kapar di sini 7 Mac lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambah beliau, dalam kejadian itu suspek melarikan barangan berharga lebih RM20,000.

“Menerusi penangkapan itu, polis berjaya menemui semula beberapa barangan yang dipercayai disamun dari rumah mangsa.

“Ini termasuk seutas rantai dan gelang emas, surat pajak gadai atas nama suspek serta sebuah telefon bimbit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nurulhuda menambah, hasil semakan mendapati suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau berkaitan samun, pecah rumah, ugutan jenayah dan dadah.

Jelas beliau, suspek kini direman selama seminggu bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini