LOS ANGELES 27 April – Filem Avengers: Endgame mencetuskan permulaan yang hebat dalam ‘pecah panggung’ apabila memperoleh kutipan AS$60 juta ketika tayangan perdana Khamis lalu di Amerika Utara. AP melaporkan, pemegang rekod sebelum ini adalah filem Star Wars: The Force Awakens yang memperoleh AS$57 juta dari tayangan perdana pada 2015. Walt Disney Co. memaklumkan, di peringkat antarabangsa, setakat semalam, Avengers: Endgame mencatat kutipan AS$305 juta dengan lebih separuh daripada kutipan…










