WASHINGTON 27 April – Jabatan Amerika Syarikat (AS) menasihati rakyat negara itu supaya menangguh rancangan mereka untuk melancong ke Sri Lanka sementara waktu ekoran beberapa siri pengeboman yang mengorbankan 253 orang, Ahad lalu.
“Pengganas barangkali melancarkan serangan seterusnya dengan atau tanpa sebarang amaran awal. Kumpulan itu biasanya menyasarkan lokasi-lokasi tumpuan pelancong seperti hub pengangkutan, pusat beli belah, kemudahan awam, hotel, kelab, restoran, tempat-tempat beribadat, institusi pengajian, lapangan terbang, hospital, majlis kebudayaan atau mana-mana kawasan awam,” katanya yang memberi amaran perjalanan terkini di sini semalam. -AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











