WASHINGTON 19 April- Amerika Syarikat (AS) bertindak mendaftarkan penduduk tetap bukit Golan, Syria sebagai orang asal Israel.
Tindakan itu susulan keputusan Presidennya, Donald Trump mengiktiraf kawasan tersebut sebagai salah satu wilayah milik rejim berkenaan.
Menurut Reuters, laporan Haaretz daily menyatakan kesemua dokumen, termasuk pasport akan dikeluarkan selaras dengan keputusan yang baharu dibuat itu.
Memuatkan artikel berkaitan…
Sebelum ini, beberapa dokumen rasmi dikeluarkan AS yang mana merujuk Bukit Golan sebagai salah satu tanah jajahan zionis.
Dasar yang sama turut dilaksanakan bagi wilayah-wilayah Palestin seperti di tebing barat dan al-Quds di Baitulmuqaddis.- AGENSI











