LONDON 16 April – Meskipun terpaksa berhempas pulas untuk menewaskan Watford yang beraksi dengan 10 pemain, gol awal permainan yang dijaringkan Pierre-Emerick Aubameyang berjaya membantu Arsenal mencipta kemenangan 1-0 sekali gus menempatkan diri dalam empat pasukan teratas. Aubameyang memanfaatkan kesilapan yang dilakukan penjaga gol Watford, Ben Foster untuk membuka tirai jaringan seawal minit ke-10. Kapten Watford, Troy Deeney diarah keluar padang pada minit ke-11 bagaimanapun The Gunners gagal mengambil kesempatan…










