‘Hidup-hidup, hidup Anwar! Undur-undur, undur Mahathir!”. Laungan keramat itu pernah menjadi gegak gempita dalam kalangan peserta demonstrasi yang sanggup turun ke jalanan isyarat protes terhadap pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO pada 2 September 1998. Anwar juga turut dilucutkan jawatan sebagai Menteri Kewangan selepas 16 tahun empat bulan berada dalam Kabinet Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Utusan Malaysia pada 3 September 1998…










