HAMPIR lima tahun bergelut menempa nama dalam industri, penyanyi berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, Andi Bernadee mampu menarik nafas lega apabila namanya kian meniti di bibir khalayak. Terjun ke lembah industri bersandarkan sebuah lagu berentak balada, Tiada Maaf Bagimu, kemudian sebuah lagu saduran bertajuk Semalam Sahur Di Mana? penyanyi menginjak usia 28 tahun itu masih samar-samar untuk meraih kedudukan selesa dalam industri. Sehinggalah pada penghujung tahun lalu, ternyata tuah lagu bertajuk Satu Peluang yang mempertaruhkan rentak reggaeton dan Latin berjaya meledakkan namanya menjadi antara penyanyi lelaki kegemaran khalayak khususnya, golongan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya