KUANTAN – Lima termasuk seorang pesakit mengalami kecederaan apabila ambulans dinaiki mereka dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) di simpang lampu isyarat berhampiran Kolej Widad, Indera Mahkota di sini 2.15 petang tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian berlaku semasa ambulans dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini. “Ambulans dari Kampung Padang menuju HTAA dan dilanggar di sisi kiri oleh MPV jenis…










