TANJONG KARANG 3 April – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi amaran terakhir kepada syarikat swasta dilantik kerajaan supaya menghentikan kegiatan membekalkan benih padi tidak sah bagi mengaut keuntungan semata-mata. Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, sepatutnya isu penggunaan benih tidak sah tidak timbul lagi maka suatu kajian akan dibuat bagi meneliti perkara ini secara terperinci. “Saya beri amaran terakhir, kalau masih berlaku kita mungkin akan kembalikan kerja pembekalan benih…










