Allahyarham Iskandar pesan tahun ini tiada lagi kuih raya - Utusan Malaysia

Allahyarham Iskandar pesan tahun ini tiada lagi kuih raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – “Tahun ini kita tidak berniaga kuih raya sebalik fokus ibadah Ramadan,”

Demikian kata Allahyarham Iskandar Dzalman Yahya, 47, yang paling diingati oleh isterinya, Aslinda Bahak Udin, 48, sebelum suaminya itu meninggal dunia akibat serang jantung semasa menyertai kayuhan basikal ‘60 + Earth Hour‘ pada 31 Mac lalu.

Menurut Aslinda, dia langsung tidak menyangka hasrat arwah suaminya itu merupakan petanda bahawa Iskandar akan meninggalkan mereka sekeluarga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, hasil perkahwinannya selama 20 tahun bersama arwah Iskandar telah dikurniakan tiga orang anak, Mohd. Irfan 19, Nur Afiqah, 17, dan Mohd. Irfad, 15.

“Kami sekeluarga telah berniaga kuih dan biskut raya sejak 10 tahun lalu dengan arwah ada menyatakan untuk tidak lagi berniaga kerana ingin fokus menunaikan ibadah pada bulan Ramadan.

“Saya tidak membantah dan tidak sangka itu permintaan terakhirnya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di rumahnya di Bukit Jelutong, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Negeri Perkeso Selangor, Mohammad Ramli Ahmad Dahalan dan wakil Pejabat Parlimen Shah Alam, Mohd. Jamil Abdul Rahim.

Mengulas lanjut, Aslinda yang merupakan seorang suri rumah reda dengan kejadian menimpa suaminya itu.

“Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini sudah pasti tidak sama dan saya akan terus menjaga ketiga-tiga anak kami,” katanya.

Sementara itu, Mohammad Ramli menjelaskan sebanyak 2,000 pencarum diberikan faedah pengkebumian dan pencen bulan sebanyak RM2,350 untuk balu dan anak-anak arwah.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan Allahyarham Iskandar yang merupakan perunding arkitek sebuah syarikat swasta meninggal dunia akibat serangan jantung semasa menyertai aktiviti berbasikal anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Persiaran Datuk Bandar, di sini, 31 Mac lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini