KUALA LUMPUR – Penyanyi, Black Hanifah mengalami kecederaan patah tangan kiri selepas terlibat dalam kemalangan ketika menjalani latihan permotoran di PJ Urban Motocross, Petaling Jaya pada Isnin lalu. Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md. Hanafiah, 32, berkata, dalam kejadian itu, dia jatuh tersungkur selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan. Kali pertama mengalami kemalangan, Black berkata, dia tidak serik untuk terus aktif dalam sukan permotoran lasak itu. “Saya sedang membuat latihan…










