YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima menghadap Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino di Istana Negara, Kuala Lumpur semalam. Turut hadir ialah Presiden Persekutuan Bola Sepak Amerika Syarikat, Carlos Cordeiro dan Pengarah Persatuan Ahli Asia-Oceania, Sanjeevan Balasingam. Pada pertemuan tersebut, Infantino turut menyampaikan ucapan terima kasih atas khidmat bakti Seri Paduka bersama Jawatankuasa FIFA dan juga mengucapkan tahniah atas perisytiharan sebagai Yang di-Pertuan Agong. Seri Paduka Baginda telah berkhidmat bersama Jawatankuasa FIFA sejak tahun 2015 dan telah terlibat dalam bola sepak tempatan serta antarabangsa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya