Ajax punya pasal, liga ditunda - Utusan Malaysia

Ajax punya pasal, liga ditunda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 19 April – Ajax Amsterdam menerima suntikan semangat daripada Persekutuan Bola Sepak Belanda (KNVB) apabila badan induk itu bersetuju untuk menunda jadual perlawanan liga domestik bagi memberi laluan kepada kelab tersebut bertemu Tottenham dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara.

Ajax dijadual menentang kelab ketiga tercorot, De Graafschap pada 28 April ini, duahari sebelum berlepas ke London namun badan induk negara tersebut bersetuju untuk mengatur semua jadual perlawanan liga Eredivisie. Itu bermakna liga mereka akan melanjutkan tempoh liga hingga 15 Mei ini.

Ajax berada di tangga teratas Eredivisie berkongsi 74 mata dengan PSV Eindhoven namun dipisahkan dengan perbezaan gol.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami sudah membuat perbincangan melibatkan segala aspek. Apa yang menariknya di sebalik keperluan penangguhan jadual ini, Ajax bermain dalam separuh akhir Liga Juara-Juara. Bukan hanya melibatkan Ajax tetapi bola sepak Belanda mendapat faedah daripada perlawanan tersebut,” kata pengarah teknikal KNVB, Eric Gudde.

Begitu pun, Tottenham akan melayan kunjungan West Ham dalam aksi liga manakala jadual Ajax sudah pun dikosongkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini