Aiskrim rumpai laut tempatan galak usahawan ceburi industri makanan - Utusan Malaysia

Aiskrim rumpai laut tempatan galak usahawan ceburi industri makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Rumpai laut tempatan kini boleh dinikmati dalam bentuk aiskrim yang enak selain kaya dengan anti-oksidan, vitamin dan mineral.

Aiskrim yang dikenali sebagai Sweedties tersebut merupakan inovasi Jabatan Perikanan Malaysia dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, rumpai laut merupakan hasil pertanian yang  berpotensi besar dan mampu memberi pulangan lumayan dimana ia juga boleh digunakan untuk membuat beg plastik biodegradable yang mesra alam. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, antara dua lokasi yang telah dikenalpasti akan dibangunkan sebagai hab rumpai laut negara iaitu Semporna dan Sandakan di Sabah.

Mengenai aiskrim rumpai laut, beliau berkata, bagi menggalakkan usahawan tempatan menceburi industri pemprosesan makanan, program Padanan Perniagaan dan Kursus Pembuatan Aiskrim diperkenalkan.

“Setakat ini 15 usahawan rumpai laut sudah mendaftar dalam program itu  dan jumlahnya dijangka mencecah 50 orang menjelang penghujung tahun ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Sweedties di sini hari ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini