AirAsia tambah penerbangan sempena Aidilfitri dan Pesta Menuai - Utusan Malaysia

AirAsia tambah penerbangan sempena Aidilfitri dan Pesta Menuai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 30 April – Bersempena musim perayaan Aidilfitri dan Pesta Menuai tidak lama lagi, syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia menambah penerbangan lewat malam dengan tambah rendah tetap.

Tambah rendah tetap tersebut bermula hanya RM99 dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Kota Bahru, Kuala Terengganu dan Johor Bahru, RM149 dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak manakala ke Sabah pula adalah RM199 antara 31 Mei dan 17 Jun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, pihaknya di samping itu juga menawarkan tambang rendah untuk laluan terpilih ke Sabah dan Sarawak antara 27 hingga 30 Mei.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, kesemua penerbangan itu boleh ditempah bermula hari ini.

“Bagi kedua-dua perayaan ini, kami menyediakan lebih daripada 115,000 tempat duduk tambahan demi memastikan rakyat Malaysia pulang beraya bersama keluarga tersayang.

“Sehubungan itu, kami mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan atas sokongan mereka untuk membantu kami mendapatkan kelulusan ini,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman khas penerbangan lewat dan tambang tetap perayaan di RedQAirAsia di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini