Agong lawat tapak cadangan perumahan SASaR - Utusan Malaysia

Agong lawat tapak cadangan perumahan SASaR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melawat tapak cadangan perumahan Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) di Sungai Besi di sini hari ini. 

Baginda yang tiba di majlis berkenaan pada pukul 11 pagi disambut Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jen Datuk Hasagaya Abdullah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Sel Perhubungan Raya Tentera Darat, program SASaR diperkenalkan pada 2018 bagi membantu warga ATM dan veteran memiliki rumah sendiri.

“Ia adalah sebahagian dari aspek kebajikan yang diperkenalkan dalam meningkatkan tahap kualiti serta keselesaan hidup warga ATM,” menurut kenyataan itu yang dikeluarkan sempena lawatan baginda. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini