PETALING JAYA – Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengucapkan tahniah kepada Indra Putra Mahayuddin, pemain Kuala Lumpur yang menjaringkan gol ke-100 pada perlawanan Liga Super Sabtu lepas. Bekas pemain negara itu adalah pemain pertama menjaringkan 100 gol dalam Liga Super yang dilancarkan pada 2004. Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor John berkata, ia merupakan pencapaian hebat oleh pemain berusia 38 tahun itu. “Bagi usianya yang mencecah 38 tahun itu, mempunyai keinginan…










