SEPANG 7 April – Juara e-MCS dan peserta program pembangunan bakat SIC, Ady Rahimy Rashid melakar kemenangan berganda dalam penampilan sulungnya pada Siri Kejuaraan Malaysia (MCS) selepas memenangi Perlumbaan 2 kelas S Production (SP2) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini. Terdahulu Ady Rahimy memenangi perlumbaan malam tadi dengan melengkapkan 21 pusingan dalam perlumbaan ketahanan satu jam. Perlumbaan itu diungguli pelumba T Production (TP), Teh Kian Boon dan Desmond Soh dari pasukan ST Wangan. Tidak seperti Ady Rahimy, Desmond dan Kian Boon yang memandu kereta Mercedes AMG A45, bernasib baik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya