Abdul Latif, anak, perunding hartanah bebas tuduhan rasuah - Utusan Malaysia

Abdul Latif, anak, perunding hartanah bebas tuduhan rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Latif Bandi dan anaknya serta perunding hartanah dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 37 pertuduhan rasuah dan penggubahan wang haram antara 2013 hingga 2016.

Hakim Kamarudin Kamsun membuat keputusan ke atas Abdul Latif, 53, dan anaknya Ahmad Fauzan Hatim, 27, serta perunding hartanah, Amir Shariffuddin Abd. Raub, 46, selepas pihak pendakwa raya gagal menimbulkan kes frima facie pada akhir pendakwaan.

Kamarudin dalam penghakiman berkata, mahkamah melepaskan dan membebaskan tertuduh daripada pertuduhan berkenaan selepas mendapati keterangan pembelaan tertuduh berjaya menimbulkan keraguan munasabah ke atas pendakwaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pihak pembelaan juga berjaya mematahkan elemen ‘anggapan’ di bawah Seksyen 50 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan tertuduh dilepaskan dan dibebaskan dari semua pertuduhan.

Ini termasuk 33 pertuduhan berasingan membabitkan rasuah di bawah Seksyen 28 (1)(c) Akta SPRM 2009 yang dibacakan bersama Seksyen 16(a)(B).

Selain itu, Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Keputusan itu selepas mengambil kira 13 alasan penghakiman yang dibentangkan Kamarudin pada prosiding di akhir kes pendakwaan yang berlangsung kira-kira 15 minit.

Kes dikendali Timbalan Pendakwaraya SPRM, Mohamad Fadhly Mohd. Zamry dan Tengku Amir Zaki.

Manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili 11 peguam yang diketuai Datuk Hasnal Redzuan Merican serta Datuk Sallehudin Saidin dan Datuk Khairul Anwar Rahmat.

Mahkamah mengarahkan wang jaminan dipulangkan semula selain memberitahu pihak pendakwaan rayuan boleh dibuat dalam tempoh 14 hari. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini