KUCHING 16 April – Sebanyak 933 tangkapan dilakukan melibatkan kes penyalahgunaan dadah di Sarawak setakat Mac tahun ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak, Superintenden Sahar Abd Latif berkata, jumlah tangkapan tersebut melibatkan 294 operasi yang dijalankan. “275 individu ditangkap kerana mengedar dadah manakala 658 kerana memiliki dadah dan angka ini amat menakutkan kerana Sarawak berada di tangga ke-10 dalam senarai penyalahgunaan serta penagihan dadah mengikut nisbah jumlah penduduk…










