75,000 orang serbu Ekspo Selangkah ke UiTM - Utusan Malaysia

75,000 orang serbu Ekspo Selangkah ke UiTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seramai 75,000 pengunjung hadir ke Ekspo Selangkah ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) di seluruh negara bagi meninjau peluang pendidikan di institusi itu.

Naib Canselor UiTM, Profesor Ir. Dr. Mohd Azraai Kasim berkata, sambutan mengalakkan itu membuktikan UiTM sentiasa menjadi pilihan terutama bagi lepasan sekolah bagi melanjutkan pelajaran.

Katanya, ekspo selama dua hari bermula 30 Mac lalu itu memberikan peluang kepada orang ramai mendapat maklumat secara terus mengenai program pendidikan akademik di UiTM. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini merupakan penganjuran ekspo ke-11 dan terbukti UiTM menjadi antara Universiti Awam pilihan masyarakat. 

“Mereka terutama lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yakin akan kemampuan program yang ditawarkan dalam membina kerjaya bagi menjamin masa depan lebih gemilang dan cemerlang,” katanya di sini hari ini. 

Beliau memberitahu, sebanyak 25 fakulti UiTM telah membuka booth masing-masing bagi memberikan gambaran sebenar setiap program yang ditawarkan di universiti tersebut.

Ujarnya, ini termasuk laluan pengajian, persaingan permohonan, bantuan dan peluang pekerjaan setelah menamatkan pengajian mereka. 

“Pengunjung akan dibimbing untuk membuat pilihan bersesuaian dengan minat, keputusan peperiksaan yang mereka miliki serta syarat-syarat kemasukan sesuatu program akademik,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini