YANGON 26 April – Myanmar mula membebaskan hampir 7,000 banduan hari ini selepas Presiden Win Myint memberi pengampunan kedua bulan ini. Reuters melaporkan, lebih 9,000 banduan telah dibebaskan pada 17 April lalu. Jurucakap jabatan penjara, Min Tun Soe berkata, pengampunan itu tidak melibatkan ramai aktivis. “Seperti mana yang saya lihat dalam senarai itu, majoriti yang diberi pengampunan adalah pesalah kes membabitkan dadah,” kata Tun Soe.










