GENEVA 16 April – Lebih 60,000 orang melarikan diri daripada krisis di Nicaragua menyebabkan kebanjiran pelarian pada negara jiran khususnya Costa Rica sepanjang tahun lalu. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) berkata, ketidakstabilan politik sejak beberapa bulan protes jalanan dilakukan sejak April tahun lalu terhadap kerajaan Presiden Daniel Otrega menyaksikan lebih 325 orang maut. Katanya, dianggarkan seramai 55,000 daripada 62,000 orang melarikan diri ke negara jiran iaitu ke Costa Rica.…









