KUALA LUMPUR 29 April – Sebanyak lima motosikal disita dan 30 saman dikeluarkan sepanjang Op Samseng Jalanan yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan, Sarawak di Jalan FAC Matang semalam. Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Aidil Bolhassan berkata, operasi yang dijalankan dari pukul 4 petang hingga 10 malam itu menyaksikan 85 kenderaan diperiksa. “Sebanyak lima motosikal disita di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan…










