PUTRAJAYA – Kerajaan telah meluluskan sebanyak 49 projek pembangunan bernilai RM2.28 bilion di daerah Sandakan, Sabah pada tahun ini. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, sebanyak RM183 juta peruntukan pembangunan telah disediakan oleh kerajaan untuk projek itu yang sedang dan akan dilaksanakan pada tahun ini. Jelasnya, antara projek yang dikenal pasti bagi manfaat rakyat di kawasan tersebut adalah Rancangan Tebatan Banjir Sungai Anip dianggarkan bernilai RM40 juta yang bakal memperbaiki…










