45 individu terlibat kegiatan dadah di tahan di Dang Wangi - Utusan Malaysia

45 individu terlibat kegiatan dadah di tahan di Dang Wangi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 April- Sebanyak 45 individu ditahan polis kerana disyaki terlibat dengan pengedaran dan penagihan dadah dalam lima serbuan di sekitar Dang Wangi di sini pada 24 April hingga kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Rudy Abdullah berkata, kesemua suspek ditahan terdiri daripada 38 termasuk lima wanita tempatan dan dua masing-masing warga Vietnam dan Myanmar.

“Dalam serbuan itu, kita turut merampas sebanyak 136.29 gram heroin, 50 biji pil erimin 5, 42 biji pil ekstaksi dan 11 paket plastik berisi methaphetamine seberat 8.4 gram.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua tangkapan disiasat di bawah Seksyen 39B,Seksyen 39A (2), Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Rudy, perintah reman kesemua tangkapan akan tamat esok dan mereka bakal ditudu di Mahkamah Kuala Lumpur.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini