KUALA LUMPUR 29 April – Sebanyak 4,212 orang telah ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya dan Akta Racun 1952 sepanjang Januari hingga Mac lalu di Sabah. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, angka tersebut menunjukkan peningkatan 21.4 peratus iaitu 744 orang berbanding 2,468 orang bagi tempoh sama pada tahun lalu. “Dadah jenis syabu adalah rampasan paling banyak dibuat iaitu sebanyak 9 kilogram berbanding 7 kilogram pada tahun lalu,” katanya. – BERNAMA
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya