4 kes kebakaran rumah panjang dicatatkan di Sarawak - Utusan Malaysia

4 kes kebakaran rumah panjang dicatatkan di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 April – Sebanyak empat kes kebakaran melibatkan rumah panjang dicatatkan di Sarawak sejak awal tahun ini sehingga kini.

Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat Sarawak, daripada kes yang dilaporkan menyebabkan sebanyak 798 penghuni terjejas.

Ujarnya, kejadian yang dilaporkan turut melibatkan 90 pintu rumah di empat rumah panjang iaitu di Rumah (RH) Chandi, SK Sungai Tau; Uma Bawang, Sungai Asap ; RH Umpang, Ulu Bauh Celon, Selangau dan RH Panjang Buyong, Jalan Lidong, Betong, Sarawak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beberapa kawasan terlibat diberikan alat pemadam api namun hanya di RH Chandi, SK Sungai Tau, Selangau sahaja tiada sebarang program kesedaran kebakaran dibuat sehingga menyebabkan seorang orang kurang upaya (OKU) maut dan seorang cedera dalam kejadian kebakaran 14 April lalu,” katanya di sini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini