4 disahkan positif Influenza A H1N1 di STAR - Utusan Malaysia

4 disahkan positif Influenza A H1N1 di STAR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 17 April – Sebanyak empat orang pelajar Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh di sini disahkan positif Influenza A H1N1.

A. SIVANESAN
A. SIVANESAN 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia, Hal Ehwal Pengguna dan Integrasi Nasional negeri, A. Sivanesan berkata, sampel yang positif itu diambil daripada seramai 28 orang yang diasingkan.

Menurutnya, sehingga semalam seramai 79 orang pelajar dan seorang guru dikesan mengalami gejala demam dan batuk dengan dua pelajar telah dimasukkan ke hospital swasta untuk rawatan serta pemantauan dan seorang daripadanya telah dibenarkan keluar wad.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Manakala kes-kes lain telah mendapat rawatan sebagai pesakit luar dan kesemua kes berada di dalam keadaan stabil.

“Seramai 28 orang diisolasi. Sebanyak empat sampel daripada kes kluster ini disahkan positif Influenza A H1N1,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, Pejabat Kesihatan Daerah Kinta telah mengambil tindakan-tindakan kawalan bagi mencegah jangkitan merebak termasuk mengasingkan kes-kes yang bergejala daripada pelajar-pelajar lain yang sihat.

“Situasi kluster Influenza A H1N1 di sekolah ini adalah terkawal,” katanya.

Sebelum ini tular dalam media sosial kononnya 100 pelajar STAR diserang penyakit misteri apabila ada pelajar mengalami batuk, muntah dan demam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini