ZIARAH. Seramai 30 pegawai dan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, Johor menziarahi pesara pasukan itu pada program Lawatan Kebajikan Ziarah Kasih sempena Peringatan Hari Polis ke-212 baru-baru ini.
Lawatan yang diketuai Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah itu turut disertai ahli-ahli Persatuan Keluarga Polis IPD Kota Tinggi.
Salah seorang pesara yang diziarahi ialah bekas Sub Inspektor Mohd. Salleh Yunos, 85, yang pernah berkhidmat di daerah berkenaan pada zaman Darurat sebelum bersara dalam Pasukan Polis Hutan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Selain bertanya khabar, lawatan berkenaan juga sebagai tanda keprihatinan warga IPD Kota Tinggi terhadap kebajikan pesara pasukan itu.











