KATHMANDU 1 Apr. – Sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh dan 600 orang cedera selepas ribut buruk melanda yang memusnahkan rumah-rumah, menumbangkan pokok dan tiang elektrik di selatan Nepal semalam. Menurut Kementerian Dalam Negeri, ribut petir tersebut melanda daerah Bara dan kawasan sekitarnya. Mangsa, Ram Babu Patel, 45, kehilangan isteirnya memberitahu, angin membawa segala-galanya, rumah dan keluarga. Sementara itu, Perdana Menteri KP Sharma Oli menzahirkan ucapan takziah dalam akaun tweeter disamping kerajaan akan membuat yang terbaik bagi merawat mangsa yang cedera. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya