PULAU PINANG 27 April – Lebih 200 nelayan pantai di Changkat, Seberang Perai Selatan (SPS) di sini terjejas sumber pendapatan mereka berikutan masalah pencemaran sungai dan laut yang semakin serius di kawasan itu. Kejadian itu yang sudah berlarutan sejak lebih 10 tahun lalu gagal diambil tindakan oleh kerajaan negeri dan jabatan terlibat walaupun berpuluh aduan dibuat nelayan terbabit. Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), S. M. Mohamed Idris berkata, masalah itu…










