KANO 24 April- 19 orang terbunuh selepas bas dinaiki mereka terbakar di Jigawa, utara Nigeria di sini.
Seramai 40 wanita dan kanak-kanak yang pulang dari majlis perkahwinan menaiki bas tersebut sebelum tayarnya meletup dan terbabas.
Kejadian tersebut disahkan jurucakap polis, Abdul Jinjiri.
Memuatkan artikel berkaitan…
“21 yang lain mengalami cedera parah,” katanya.
Sumber memberitahu bas tersebut meletup dan terbakar selepas terbabas.-AFP











