KANO, Nigeria 24 April – Perjalanan pulang daripada majlis perkahwinan menjadi tragedi setelah 19 daripada 40 wanita dan kanak-kanak maut setelah bas dinaiki hilang kawalan dan terbakar, di sini semalam.
Menurut jurucakap polis, Abdul Jinjiri, bas dengan 18 tempat duduk tersebut hilang kawalan apabil tayar hadapannya meletup di Kampung Gwaram Sabuwa.
“19 orang maut dan 21 lagi cedera dalam kemalangan ini,” katanya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Menurut saksi kejadian, bas itu dilihat terbalik dan terbakar seterusnya menyebabkan ada mangsa yang rentung. – AFP











