160 kg sotong ‘tumpas’ dalam cabaran candat Kumpulan Ambank - Utusan Malaysia

160 kg sotong ‘tumpas’ dalam cabaran candat Kumpulan Ambank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 April – Sebanyak 200 kakitangan Ambank berentap dalam cabaran Karnival Candat Sotong Kumpulan Ambank 2019 yang diadakan di Marang, Terengganu pada 13 hingga April lalu.

Dalam kategori berpasukan, hadiah utama pertandingan edisi keenam itu dirangkul oleh pasukan Gerak Gempur yang berjaya menaikkan 44.2 kilogram (kg) sotong.

Hadiah tempat kedua pula dimenangi oleh pasukan K-Swab manakala tempat ketiga oleh pasukan VVIP.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kategori sotong terpanjang, Sahfudin Mohd Atan menang dengan tangkapan sotong sepanjang 43.7 sentimeter.

Secara keseluruhan, jumlah tangkapan dalam acara yang disertai oleh 136 kakitangan lelaki dan 64 kakitangan wanita Kumpulan Ambank itu berjumlah 160.4 kg.

Hadiah disampaikan oleh Presiden Kelab Kumpulan Ambank (KAG), Syed Anuar Syed Ali yang juga Naib Presiden Eksekutif, Komunikasi Korporat dan Pemasaran, Kumpulan AmBank. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini