15 warga China ditahan positif dadah - Utusan Malaysia

15 warga China ditahan positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 April – Polis menahan 15 pengunjung pusat hiburan warga China selepas didapati positif dadah jenis ketamin dalam serbuan di premis hiburan sekitar Jalan Raja Chulan, di sini, dua hari lalu.

Serbuan pada pukul 2.30 pagi itu dilakukan oleh empat pegawai dan 18 anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Rudy Abdullah berkata, pengunjung pusat hiburan warga China yang ditahan terdiri daripada tujuh lelaki dan lapan wanita.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ujian saringan awal dilakukan terhadap 17 pengunjung pusat hiburan warga China sebelum 15 daripada mereka didapati positif ketamin.

“Semakan rekod mendapati premis tersebut mempunyai lesen hiburan yang sah dan telah dua kali diperiksa pada tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Rudy, kesemua tangkapan direman empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini