STOCKHOLM 26 April – Seramai 1,409 juruterbang syarikat pesawat SAS dilaporkan mogok di Sweden, Denmark serta Norway, sekali gus mengakibatkan 72,000 penumpang terkandas selepas 673 penerbangan dibatalkan. Penerbangan domestik, Eropah dan perjalanan jarak jauh terjejas dan diramalkan 170,000 penumpang akan terjejas menjelang Ahad ini. Persatuan Juruterbang Laluan Udara Sweden, yang menjalankan mogok itu berkata, rundingan selama berbulan-bulan berhubung keadaan kerja yang merosot, jadual kerja tidak teratur serta keselamatan pekerjaan menemui…










