TUXTLA GUTIERREZ 26 April – Sekurang-kurangnya 1,300 pendatang Cuba melarikan diri dari pusat tahanan di selatan negara ini selepas mengancam untuk membakar fasiliti terbabit bagi membantah bilangan tahanan yang terlalu ramai. Kejadian berkenaan berlaku ketika waktu makan malam apabila beberapa tahanan mula memberontak di pusat tersebut yang terletak di Tapachula, negeri Chiapas. “Ia merupakan kejadian seumpamanya yang paling besar di stesen migrasi,” kata Institut Migrasi Nasional (INM) dalam satu kenyataan…










