MINAT. Seramai 12 remaja Orang Asli suku kaum Temiar memeluk Islam pada program Pelancaran Sumbangan Peralatan Rawatan Air Bersih Bank Simpanan Nasional (BSN) di Kampung Lambok, Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan, baru-baru ini. Program mengislamkan mereka itu diketuai Ketua Pegawai Perniagaan BSN, Mujibburrahman Abd. Rashid dan Pengerusi Yayasan Al-Khalifah, Datuk Dr. Abdul Razak Kechik. Pada program itu, seramai 200 penduduk kampung tersebut turut menerima peralatan kemudahan bekalan air bersih terawat yang disumbangkan oleh BSN.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya