115 ahli Kelab Malaysiaku lawat Akademi Pilihan Raya - Utusan Malaysia

115 ahli Kelab Malaysiaku lawat Akademi Pilihan Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUNJUNGAN. Seramai 115 ahli Kelab Malaysiaku Daerah Hulu Langat menyertai lawatan sambil belajar ke Akademi Pilihan Raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Putrajaya sempena Program Amalan Demokrasi Berparlimen baru-baru ini.

Kesemua ahli kelab tersebut terdiri daripada pelajar daripada 10 buah sekolah berserta guru penyelaras.

Pegawai Penerangan Daerah Hulu Langat, Hafizan Hamzah berkata, peserta diberikan taklimat pendidikan pengundi dan penerangan berkaitan fungsi serta peranan SPR dalam menjalankan proses pilihan raya di Malaysia.

“Selain itu, peserta turut didedahkan dengan sesi simulasi pilihan raya serta dibawa melawat ke Galeri Tan Sri Abdul Aziz bagi melihat sendiri sejarah berkaitan pilihan raya di negara ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×