11 lagi Pegawai Kanan PDRM bertukar, naik pangkat - Utusan Malaysia

11 lagi Pegawai Kanan PDRM bertukar, naik pangkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat 11 pegawai kanannya berkuat kuasa 28 Mei depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, pertukaran didahului Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Roslee Chik dan Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin yang akan bertukar jawatan sesama mereka.

“Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner (ACP) Thiew Hock Poh pula akan ditukar ke Bahagian Pentadbiran Jabatan Pengurusan Johor manakala Penolong Pengarah Narkotik (Risikan) Zon II, JSJ Narkotik Bukit Aman, ACP Abdul Latiff Mehat pula akan bertukar ke Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pertukaran seterusnya diikuti oleh Timbalan Komander (Operasi) Unit Tindakhas, Pasukan Gerakan Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, ACP M. V. Srikumar Madhavan Nair yang akan menjadi Juruiring kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, di bawah Jabatan Pengurusan Johor,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Asmawati, ACP Task Force Modern Policing, Bahagian Dasar Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, ACP Low Kim Piew pula akan menjadi Penolong Pengarah Pengurusan (Maklumat Sumber Manusia) Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, di jabatan yang sama.

“Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Noor Azmi Yusoff akan menjadi Ketua Polis Daerah Ampang Jaya dengan memangku pangkat ACP dan Superintenden Rajab Ahad Ismail dari Bahagian Latihan Bukit Aman akan menggantikan Noor Azmi.

“Turut bertukar adalah Deputi Superintenden (DSP) Risik/Bantuan Teknik Integriti, Cawangan Risikan/Operasi, Bahagian Pematuhan Standard, Jabatan Pematuhan Standard dan Integriti (JIPS) Bukit Aman, DSP Abdul Mubin Abd. Rahman yang akan menjadi Ketua JIPS Pulau Pinang dengan memangku pangkat Superintenden,” jelasnya.

Sementara itu, Asmawati berkata, Ketua Bahagian Latihan, Maktab PDRM Kuala Lumpur, DSP Mohd. Rusli Din pula akan menyandang jawatan sebagai Komandan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Bukit Sentosa, Selangor dengan memangku pangkat Superintenden.

“Pertukaran terakhir melibatkan Timbalan Ketua JSJK, Jenayah Pemalsuan/Pelaburan Bersindiket/Siber Melaka, DSP Hasbullah Abd. Rahman yang akan menjadi Ketua JSJK Perak dengan memangku pangkat Superintenden,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini