KANGAR 22 April – Kira-kira 100 orang murid dan guru dari 20 buah sekolah di negeri ini telah menyertai Program Lestari Alam Sekitar dan Perkongsian Amalan Terbaik sempena Hari Bumi 2019 di Sekolah Kebangsaan (SK) Putra di sini, semalam. Dalam program yang julung-julung kali diadakan itu, SK Putra dilantik sebagai mentor kepada sekolah-sekolah terbabit yang terdiri daripada 12 buah sekolah rendah dan bakinya, sekolah menengah. Menurut Guru Besar SK Putra,…










