LUBUMBASHI, Congo 23 April – Seramai 10 orang termasuk lapan pelajar dikhuatiri terbunuh apabila kenderaan yang mereka naiki terjunam ke dalam empangan di stesen kuasa hidro di tenggara negara ini semalam.
Menurut ketua stesen tersebut, kenderaan itu dilihat hilang kawalan dan terbalik beberapa kali sebelum terjunam ke dalam empangan.
Pihak berkuasa yang menyiasat insiden itu memaklumkan bahawa kemalangan terbabit mungkin berpunca daripada satu tayar bahagian depan kenderaan tercabut menyebabkannya hilang kawalan. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











