Yamaha Y15ZR V2 dilancarkan secara rasmi - Utusan Malaysia

Yamaha Y15ZR V2 dilancarkan secara rasmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini secara rasminya telah melancarkan motosikal popularnya, Y15ZR versi V2 ke pasaran Malaysia.

Pengumuman itu dibuat di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas pusingan pertama yang berlansung di Bandar Jasin Mentari, Melaka sebentar tadi.

Ia diperkenalkan oleh penunggang pasukan Yamaha Cub Prix iaitu Ahmad Afif Amran, Kasma Daniel Kasmayudin dan Md Akid Aziz yang mendominasi tiga tempat teratas dalam kategori CP150 selama dua tahun dan oleh juara CP115 tahun 2018, Tengku Amirul Haffirudin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Antara ciri-ciri istimewa Y15ZR V2 ialah lampu LED hadapan yang lebih canggih, panel metel LCD baharu, tayar hadapan lebih lebar bersaiz 90/80 dan mempunyai corak grafik moden terkini.

Selain itu, jentera tersebut juga didatangkan dalam empat pilihan warna menarik seperti Striking Cyan, Blazing Red, Storm Blue dan Dynamic Grey.  

Y15ZR V2 boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha bermula pertengahan April 2019 ini dan para pelanggan juga akan dihadiahkan dengan kunci brek cakera bernilai RM100.

Bagaimanapun, harga jualan bagi motosikal itu masih diumumkan dan hanya akan didedahkan pada bulan hadapan. – K! ONLINE

y15
Antara ciri-ciri istimewa Y15ZR V2 ialah lampu LED hadapan yang lebih canggih, panel metel LCD baharu, tayar hadapan lebih lebar bersaiz 90/80 dan mempunyai corak grafik moden terkini.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini