Yakult akan bawa skuad B-19 negara ke Jepun sekali lagi - Utusan Malaysia

Yakult akan bawa skuad B-19 negara ke Jepun sekali lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Mac- Pengeluar minuman probiotik, Yakult Malaysia Sdn Bhd, telah merancang untuk membawa skuad B-19 negara sekali lagi ke Jepun sebagai persiapan terakhir sebelum menghadapi Kejohanan Piala AFF B-19 di Vietnam, Ogos depan.

Yakult merupakan penaja yang bertanggungjawab membawa skuad B-19 negara menyertai dua edisi Piala Sanix di Jepun bermula tahun lalu.

Kejohanan itu memberikan pendedahan yang sangat berguna buat skuad remaja negara sehingga terbentuknya pasukan mantap dengan meraih kejuaraan Piala AFF B-19 tahun lalu di Indonesia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menerusi kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), penyertaan skuad remaja negara dalam Piala Sanix mendedahkan pemain dengan corak permainan pantas kelab-kelab Jepun.

“Mengenai tajaan kepada FAM, syarikat kami memberikan sokongan penuh kepada pemain muda termasuk B-17 dan B-23. Setakat ini, salah satu kejohanan terbesar adalah Piala Sanix.

“Kita akan membawa skuad negara sekali lagi ke Jepun sebagai persiapan menjelang kejohanan AFF B-19,” kata pengarah urusan Yakult Malaysia Sdn Bhd, Hiroshi Hamada.

Bagi memastikan Malaysia terus mengekalkan trofi AFF B-19, Yakult bercadang untuk membawa skuad negara sekali lagi ke Jepun sebagai persiapan terakhir sebelum kejohanan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini